(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 7 November: Dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham mengesahkan kehadiran mereka ke Dewan Rakyat 22 November ini untuk beri taklimat kepada Ahli Parlimen Malaysia berhubung kes Scorpene.

Bagaimanapun, Bourdon dalam surat beliau bertarikh 29 Oktober meminta jaminan kerajaan agar kejadian beliau dihalang dari memasuki negara ini pada Julai 2011 tidak berulang.
“Hari ini, pejabat Ketua Pembangkang telah menghantar surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mendapatkan satu jaminan bertulis supaya membenarkan peguam-peguam tersebut untuk masuk ke negara ini tidak dihalang.
“Ini kerana Bourdon mengesahkan kehadiran dengan syarat tidak dihalang masuk atau disingkir oleh pihak berkuasa,” jelasnya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan tiada bantahan tentang kehadiran peguam tersebut di Parlimen.


Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, pihaknya akan cuba membawa peguam DCNS bersama pada taklimat itu nanti.
Short URL: http://www.keadilandaily.com
0 komentar:
Posting Komentar