Tampilkan postingan dengan label dah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dah. Tampilkan semua postingan

Jumat, 31 Januari 2014

Tahniah

 
Salam semua...

Pak Long dok ingat lagi sebelum ni heboh sakan kat intenet kata si Amy, penyanyi rock terkenal tu dah berat kot belah perjuangan Pakatan Rakyat. Mak Long hang pun serupa la terutama sekali bila depa tengok gambaq si Amy tu dok bertepuk tampaq mesra ngan Nik Aziz... haha...

Besa la kan, puak-puak Pas yang jenih gedik artis ni pun ramai jugak termasuk la Mak Long hang. Depa ni la yang lebih-lebihnya, pakat tempek la gambaq Amy bersama-sama Nik Aziz tu merata-rata waima sampai ke dapoq masak... Maklum la kan, time kentut wangi... haha...

Tup-tup kelmarin ni meletup cerita si Amy ni dah masuk Umno... haha... Rasa macam terhenti dunia, terlopong Mak Long hang... haha... Tak percaya pun tak boleh, siap ngan gambaq lagi sama-sama ngan tiga lagi artis yang beraksi menyerahkan borang Umno kat Setiausaha kerja Umno....

Dengaq cerita Mak Long hang macam ngan tak selera dah nak dengaq lagu Fantasia Bulan Madu... hihi... padan muka...

 
Apa pun Pak Long nak ucapkan tahniah. Kita kena hormati, ni pilihan Amy dalam ruang demokrasi. Kita kena matang dan Pak Long setuju sangat kalau semua artis-artis kita nyatakan pendirian politik depa tanpa rasa takut dan segan. Syabas jugak pada yang telah berani ke depan sebelum nie...

Orang tua-tua selalu pesan, nak kenai orang tengok ngan sapa depa berkawan. Biaqlah lepaih ni kita pakat-pakat kenai artis kita melalui parti mana yang depa sertai. Bagi peluang depa pilih parti yang depa rasa boleh jamin anak bangsa depa terbela. Depa pun manusia jugak, ada naluri dan cita...

Cumanya Pak Long dok heran ni, ada jugak no Umno cawangan Dataran Merdeka... haha... Errr... yang si Jamal tu nak masuk Umno sampai berapa kali? Hang bukan dah Umno ka sebelum nie...

Ishh... tak sabaq pulak Pak Long nak tengok Amy, Mus dan Jamal nyanyikan lagu Umno di Perhimpunan Agung Umno nanti... camana la gamaknya lagu Umno tu jadi nanti noo... haha...

Wassalam...  Pak Long Din

ps. Selamat tinggal Isabella...kami dah tak kesah

Sabtu, 21 Desember 2013

12 Kereta Perisai Dah Tiba Di Lahad Datu


Seperti mana yang dijanjikan sebelum ini, Angkatan Tentera Di Raja Malaysia (ATM) hari ini membawa masuk kereta perisai berantai untuk mempertingkatkan kawalan dan kekuatan gempuran di sekitar kawasan Lahad Datu, Sabah.
Menurut Bernama, sebanyak 12 kereta perisai berantai sudah tiba di Felda Sahabat 16 bagi memperkukuhkan lagi Op Daulat di sana.
Sebelum ini, pasukan keselamatan menyatakan akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh negera di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu sejak 12 Februari lalu.
Menurut Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, langkah itu diambil untuk menguatkan pertahanan dan kawalan serta bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut dan di darat.
Selain itu, mereka turut menjanjikan akan membawa beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia yang akan dibuat secara peringkat-berperingkat.
Helikopter tentera darat telah pun tiba beberapa hari lalu.
“Pertambahan ini untuk meyakinkan rakyat bahawa kami mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk menewaskan musuh,” katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di markas operasi Felda Sahabat 16, baru-baru ini.
berantai
Gambar: BH Online
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!