Jumat, 28 Februari 2014



Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.


Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 Hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 Hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Saling berpesan2lah sesama kita .

Kamis, 27 Februari 2014

Berita palsu 23 remaja hilang di Villa Nabila pada 18 November 2013. Kecoh dilaman sosial apabila 23 orang dilaporkan hilang daripada jumlah 30 orang manakala 7 lagi terselamat setelah memasuki Villa Nabila. Hakikatnya, pihak polis hanya menerima satu laporan polis mengenai seorang remaja yang disahkan hilang di lokasi tersebut. Laporan yang tersebar di laman sosial Facebook yang mendakwa terdapat kira-kira 30 remaja yang hilang di villa terbabit menyebabkan villa tersebut dikerumuni orang ramai sejak awal pagi tadi. Sebelum insiden, seorang remaja yang berusia 16 tahun dilaporkan memasuki kawasan tersebut bersama beberapa rakannya sebelum hilang dan gagal pulang ke rumah sejak sabtu lalu.

villa nabila

Berita Palsu 23 Hilang 7 Orang Terselamat

Pihak polis menafikan dakwaan 23 orang hilang manakala 7 terselamat. Hakikatnya pihak polis hanya menerima satu laporan sahaja mengenai remaja hilang. Remaja yang hilang dikenali sebagai Mohd Izzat Izzudin Hussin yang berusia 16 tahun.

Laporan Sebenar Insiden Remaja Hilang Di Villa Nabila
Identiti Remaja Hilang: Mohd Izzat Izzudin Hussin, 16 tahun

remaja-hilang
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">

Sebuah villa terbiar di Jalan Skudai di sini menjadi tumpuan orang ramai sejak malam tadi apabila seorang remaja berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas memasuki premis berkenaan bersama beberapa rakannya sejak Sabtu lalu. Timbalan ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, remaja berasal dari Majidee itu dilaporkan keluar dari rumah sejak kelmarin dan tidak pulang sehingga kini.
Ibu remaja berkenaan ada menghubungi rakan anaknya dan dimaklumkan remaja itu telah memasuki Villa Nabila. Usaha mencari remaja berkenaan masih dijalankan di villa berkenaan dan sama ada mangsa masuk dan hilang di dalamnya masih dalam siasatan polis. Pihak polis turut mengesahkan ibu remaja terbabit telah membuat laporan polis di Balai Danga Bay pada pukul 1 pagi tadi 18 November 2013.

Video Laporan Astro Awani- Hanya Seorang Remaja Sah Hilang



Update Terkini 19 November 2013: Mohd Izzat Izzudin Hussin Remaja Hilang Kini Ditemui
BudakJumpa
Remaja, Izzat Izzudin Husin dilaporkan hilang Sabtu lalu telah ditemui di Flat Desa Mutiara, Johor Bahru selepas tengah malam tadi.

remaja-hilang


Sumber:

Rabu, 26 Februari 2014

(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 7 November: Dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham mengesahkan kehadiran mereka ke Dewan Rakyat 22 November ini untuk beri taklimat kepada Ahli Parlimen Malaysia berhubung kes Scorpene.
Memaklumkan perkara itu, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, kedua-dua peguam tersebut setuju untuk datang ke Parlimen sebagai menyambut jemputan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertarikh 2 Oktober 2012.
Bagaimanapun, Bourdon dalam surat beliau bertarikh 29 Oktober meminta jaminan kerajaan agar kejadian beliau dihalang dari memasuki negara ini pada Julai 2011 tidak berulang.
“Hari ini, pejabat Ketua Pembangkang telah menghantar surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mendapatkan satu jaminan bertulis supaya membenarkan peguam-peguam tersebut untuk masuk ke negara ini tidak dihalang.
“Ini kerana Bourdon mengesahkan kehadiran dengan syarat tidak dihalang masuk atau disingkir oleh pihak berkuasa,” jelasnya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan tiada bantahan tentang kehadiran peguam tersebut di Parlimen.
Bourdon dan Breham akan memberi penerangan kepada Ahli Parlimen mengenai prosiding inkuiri di Tribunal De Grande Instance berkenaan pembelian kapal selam Scorpene oleh Kerajaan Malaysia.
Kapal selam itu dibeli dari Direction des Construction Navales Services (DCNS), Thales dan Armaris pada 2002.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, pihaknya akan cuba membawa peguam DCNS bersama pada taklimat itu nanti.
Short URL: http://www.keadilandaily.com

Selasa, 25 Februari 2014


Mengambil gambar matahari dengan teleskop jarak jauh sangat merbahaya.Bagaimanapun ia berjaya dirakam setelah teleskop baru dicipta untuk menapis cahaya matahari yang panas itu.Gambar-gambar dibawah ini merupakan kejayaan yang luar biasa kerana buat pertama kali matahari berjaya dirakam pada permukaan oleh ahli astronomi bernama Paul Andrews.
Matahari merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan lapan buah planet membentuk Sistem Suria. Matahari mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C. 

Matahari dikelaskan sebagai bintangkerdil jenis G. Cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta.

Matahari merupakan satu bebola plasma dengan jisim sekitar 2 x 1030 kg. Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri daripada gas panas menukar unsur hidrogen kepada helium melalui tindak balas gabungan nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu.
 Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 berbanding jisim air. Jumlah tenaga matahari yang sampai ke permukaan bumi dikenali sebagai pemalar suria menyamai 1.37 kilowatt semeter persegi setiap saat.

Matahari berputar 25.04 hari bumi setiap putaran dan mempunyai graviti 27.9 kali graviti bumi. Terdapat julangan gas teramat panas yang boleh mencecah sehingga 100,000 kilometer ke angkasa. Marakan matahariini boleh mengganggu gelombang komunikasi seperti radio, televisyen dan radar di bumi dan mampu merosakkan satelit atau stesen angkasa yang tidak dilindung. 

Matahari juga mengtinjauankan gelombang radio, gelombang ultraungu, sinar inframerah, sinar-X, dan angin suria yang merebak ke seluruh Sistem Suria.
Bumi dilindungi daripada angin suria oleh medan magnet bumi, sementara lapisan ozon pula melindungi bumi daripada sinaran ultraungu dan inframerah. 
Terdapat tompokan hitam yang wujud dari masa ke semasa pada matahari yang disebabkan oleh perbezaan suhu di permukaan matahari. Tompokan hitam itu menandakan kawasan yang kurang panas berbanding kawasan lain dan mencecah keluasan melebihi saiz bumi. Kadang-kala peredaran bulan mengelilingi bumi menghalang sinaran matahari daripada sampai ke bumi, oleh itu mengakibatkan kejadian gerhana matahari berlaku.

Senin, 24 Februari 2014






Edukesyenel!


Headphone Beats By Dre nampaknya sangat berleluasa zaman skang. Mat rempit muka berminyak pun nak pakai Beats padahal dengar lagu SCOIN aje melalui pemain MP3 telefon bimbit Nokia mereka. Why the fuck? Seriously Beats by Dre sangat bullshit. Dibawah ialah sejarah ringkat headphone dan celebrity endorsement over the last 100 years or so. Very edukesyenel!









Laporan asal Visually

Minggu, 23 Februari 2014

  03 Ogos 2013 
 Daniel Pelka (Foto: PA)  
Daniel Pelka (Foto: PA)
LONDON – Pasangan suami-isteri dari England, Marius Krezolek dan Magdalena Luczak, diganjar hukuman penjara seumur hidup. Keduanya terbukti bersalah menyiksa anak laki-lakinya sendiri hingga meninggal.
 
Daniel Pelka baru berumur empat tahun ketika terbunuh secara menyedihkan pada Mac. Luczak merupakan ibu kandung Pelka, sedangkan Krezolek berstatus sebagai ayah tirinya.
 
“Kalian melakukan aksi yang sangat brutal dan sadis,” ujar hakim dalam keputusannya, seperti dikutip Independent, Sabtu (3/8/2013).
 
“Kalian gagal menjalankan tugas utama sebagai orangtua untuk anak yang memerlukan kasih sayang anda,” lanjutnya.
 
Kisah tragis Pelka mengejutkan warga Inggeris. Mereka bertanya-tanya kenapa tidak ada pihak yang menyelamatkan kanak-kanak tersebut.
 
Pihak sekolah sebenarnya   curiga ketika melihat Pelka menjadi semakin kurus. Kanak-kanak itu juga kedapatan mengais makanan dari tong sampah. Namun, Luczak berdalih puteranya mengidap kelainan untuk menutupi perbuatannya.
 
Hasil bedahsiasat  menunjukkan, Pelka meninggal setelah menerima pukulan keras di bahagian kepala. Petugas juga menemukan kanak-kanak itu mengalami cedera di beberapa tulangnya.
 

Sabtu, 22 Februari 2014




Diriwayatkan bahawa Rasululallah SAW pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi Adam a.s dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah SWT telah memerintahkan malaikat Jibril a.s supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam a.s. Maka Jibril  pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.


Jibril : Wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam a.s.


Zabaniah : Sebanyak mana sedikit itu ?


Jibril : Sebesar kurma. .


Zabaniah : Kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya.


Jibril : Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…


Zabaniah : Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti…


Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu di hantar ke dunia.


Allah SWT pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk di bawa ke dunia. Maka Jibril pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai.





Selepas itu Jibril AS pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yang tinggi.Sejurus setelah diletakkan api tersebut,tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair.Maka cepat-cepat malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.


PENGAJARAN


Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri?. SEBESAR ZARAH SAHAJA.

Jumat, 21 Februari 2014

Ruang Info | Djakarta Artmosphere Siap Membius JakartaMusisi Ahmad Albar siap berkolaborasi dengan band-band muda.

VIVAnews - Akhirnya konser yang menjembatani musik Rock, Pop dan Jazz siap digelar di Balai Kartini, Jakarta akhir tahun ini. Dengan tajuk "Lintas Kreasi, Lintas Generasi" konser yang akan digelar pada 20 November 2010 ini diyakini dapat menyedot ribuan pengunjung pencinta musik Jazz dan Rock.

"Sudah lama saya tidak berkolaborasi dengan band-band muda yang kreatif. Saya butuh persiapan banyak untuk konser ini karena saya rindu nge-rock lagi," ujar Ahmad Albar kepada sejumlah wartawan, saat ditemui di Pisa Mahakam, Jakarta Selatan, Kamis 11 November 2010.

Ahmad Akbar yang mengaku sudah tidak muda lagi, menginginkan konsep panggung yang bisa membuat para pengunjung nyaman menikmati musik rock yang dibawakannya. "Ukurannya bukan usia karena di sini saya mau berjiwa muda lagi. Memang saya belum latihan, tapi bisa lah mixing dengan band-band yang kreatif," ujar mantan kekasih Cut Keke ini.

Event Djakarta Artmosphere hadir untuk menjembatani ruang kosong antara musisi senior dan musisi muda Indonesia. Musik Jazz yang juga akan membumbui acara tahunan ini, hadir lewat sentuhan Jazz dari musisi senior Utha Likumahua.

"Saya merasa terhormat bisa diikutkan ke acara ini. Saya yang sudah tidak muda lagi ini, senang sekali bisa mixing dengan band-band muda inovatif. Ini kesempatan saya untuk berbagi ilmu," ujar Utha.

Kolaborasi yang akan ditampilkan kali ini terdiri dari 10 musisi Indonesia yang sudah memiliki basis massa yang kuat seperti Mocca, Bonita and The Husband dan The Trees and The Wild. Mereka akan disandingkan dengan musisi senior Oddie Agam.

Konser ini juga akan diwarnai oleh sentuhan musik rock dari God Bless dan aroma etnis Jazz era 80-an. Nuansa band-band alternatif seperti Navicula, Vessel dan Zeze and The Popo juga ikut meramaikan gelaran Djakarta Artmosphere kali ini.

Sumber: http://showbiz.vivanews.com/news/read/188241-djakarta-artmosphere-siap-membius-jakarta

Kamis, 20 Februari 2014


KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa satu penguatkuasaan bersepadu dilakukan oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan pusat atau negeri untuk membasmi gerakan ajaran sesat di negara ini.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, semua jabatan dan agensi kerajaan itu perlu menjalin kerjasama dengan majlis agama untuk melakukan pemantauan dan tindakan yang berkesan.

“Ancaman yang dibawa oleh ajaran sesat bukanlah fenomena baru bagi kita rakyat Malaysia kerana dari dulu lagi kita berdepan dengan pelbagai pergerakan ajaran sesat.

“Pengikut ajaran sesat ini mempunyai satu faktor sepunya di mana mereka begitu taksub dengan ketua mereka. Ini sangat bercanggah dengan ajaran Islam kerana Islam tidak mengajar umatnya taksub kepada pemimpin,” katanya melalui satu kenyataan.

Khairul Azwan berkata, ketaksuban luar biasa pengikut ajaran sesat tanpa mengira agama amat berbahaya kerana ada antara mereka sanggup menimbulkan huru hara dan melakukan perkara luar batas norma manusia.

Sebagai contoh, katanya. ajaran Aum Shinrikyo yang bertapak di Jepun sekitar tahun 90an mengorbankan 12 orang awam dan 5,000 orang cedera dalam satu serangan gas beracun di stesen kereta api bawah tanah.

Ajaran itu turut mengarahkan pengikut mereka membuat dan menyimpan senjata buatan sendiri untuk tujuan memporakporandakan negara.

Lebih teruk, katanya, di Amerika sekitar tahun 70an, satu siri pembunuhan diri beramai-ramai berlaku di Guyana yang mengakibatkan seramai 918 orang terkorban.

Jelas beliau, siri bunuh diri beramai-ramai itu dilakukan secara sukarela oleh pengikut ajaran berkenaan kerana ketaksuban mereka terhadap ketua ajaran sesat pada masa itu yang bernama Jim Jones.

“Ancaman ini bukan sahaja wujud di kalangan penganut beragama Islam sahaja malahan ia menular dalam kalangan penganut agama agama lain di serata dunia,” katanya.

Justeru, katanya, semua golongan masyarakat sedia maklum penggerak ajaran ajaran sesat memesongkan fahaman agama individu yang mereka dekati dan cuba sedaya upaya mendesak orang lain meninggalkan agama anutan mereka.

“Oleh itu tanggungjawab membanteras ajaran sesat ini adalah tanggungjawab kita bersama sebagai setiap ahli masyarakat yang hidup di bumi bertuah Malaysia ini,” katanya. 

Rabu, 19 Februari 2014

Perubahan Cuaca Ekstrim Di Siberia Dalam Sehari

Hanya satu hari selepas berjemur dalam suhu 30 darjah C, penduduk sebuah bandar di Siberia terkejut tiba-tiba mendapati diri mereka berada di tengah-tengah ribut salji.

Nadym telah menikmati hari cuaca tropika sebelum orang ramai dengan cepat terpaksa menukar t-shirt dan seluar pendek kepada kot dan tudung.


Keadaan sub-sifar adalah normal bagi rantau ini melalui musim sejuk yang panjang, tetapi jarang berlaku pada bulan Jun.


Rakaman amatur difilemkan di bandar itu menunjukkan salji mencurah ke bawah dan meliputi jalan-jalan, kereta dan taman, dengan orang-orang berselimut dan bertarung dengan kesejukan teruk.


Suhu boleh turun serendah 50C di musim sejuk Siberia, dengan bandar Oymyakon sering merekodkan nombor terendah.

Punca  Perubahan Cuaca Melampau Di Siberia Dalam Masa Sehari

sumber: sky News
 

Selasa, 18 Februari 2014

Aku seneng ketika ada umat muslim bereaksi keras akan banyaknya aksi pelecehan kepada islam,,

Namun mbok yao, semangate ojomung yang dibidang gitu2 aja. Iya marah islam di hina, namun kalau disampaikan hadis hadis shahih,,disampaikan ajaran quran yang shahih kepadamu mbok yao diamalkan.

Karena apa?
Karena, kalau menyepelekan rule Allah, Rule Rasul,, itu sama aja dirimu DIBARISAN orang orang yang menghina Allah dan RasulNya.

Udah tau hadis shahih dilarang berpegangan tangan dengan non muhrim, eh disepelekan, tetap berpegangan,,

Udah tau, ikut acara-acara bidah itu dilarang, Allah dan rasulNya yang eh masih aja ngejalanin,, Masya Allah,,

Menyepelekan Sunnah Rasul, Aturan Allah, sama aja penghinaan baik dalam arti tersirat maupun tersurat. mari interospeksi diri.

Senin, 17 Februari 2014

1. Afganistans girl [1984]

Photographer: Steve McCurry
Gambar di samping diambil oleh seorang fotografer dari National Geographic,steve Mccurry.Gadis yang ada di foto ini bernama Sharbat Gula. Dia adalah salah satu murid pelajar di sekolah pengungsian Afganistan. Gadis itu berusia 12 tahun saat foto ini diambil dan setahun kemudian menjadi cover pada majalah National Geographic dan 8 tahun kemudian setelah tim melakukan pencarian, gadis itu ditemukan kembali.


2. Omayra Sánchez [1985]

Photographer: Frank Fournier
Omayra Sánchez adalah salah satu dari 25.000 korban bencana gunung berapi yang meletus pada 14 November 1985.Gadis yang berusia 13 tahun itu terjebak selama 3 hari.Gambar ini diambil sesaat sebelum dia tewas dan menyebabkan kontroversi atas pemerintah Colombia yang tidak sigap melakukan penyelamatan atas tragedi itu.


3. Portrait of Winston Churchill [1941]

Photograph from: Yousuf Karsh
Foto ini diambil oleh seorang fotografer dari Canada,Yousuf Karsh ketika Winston Churchill ketika berkunjung ke Ottawa. Foto itu membuat Yousuf Karsh menjadi terkenal dan pernah menjadi cover majalah Life.


4. The plight of Kosovo refugees [1999]

Photographer: Carol Guzy
Foto ini menunjukkan seorang pengungsi Kosovo yang baru berusia 2 tahun bernama Agim Shala sedang melewati pagar kawat berduri di lokasi camp yang didirikan oleh Arab Saudi di Kukes, Albania. Anggota keluarga anak itu berkumpul disitu setelah konflik Kosovo merebak.


5. Stricken child crawling towards a food camp [1994]

Photographer: Kevin Carter
Foto ini diambil pada tahun 1994 pada masa kelaparan di Sudan.Gambar ini menunjukkan seorang anak yang merangkak menuju tempat camp makanan PBB sejauh 1 KM. Seekor burung gagak sedang menunggu anak itu mati sehingga burung itu bisa memakannya.Gambar ini telah mengejutkan dunia.Tidak ada yang tahu apa yang terjadi pada anak malang itu termasuk sang fotografer. Artikel terkait foto tsb ada disini


6. Segregated Water Fountains [1950]

Photographer: Elliott Erwitt, Magnum Photos
Gambar air pancuran di North Carolina. Hmmm...tampak rasis sekali, bukan?


7. Burning Monk - The Self-Immolation [1963]

Photographer: Malcolm Browne
Gambar seorang rahib Buddha dari Vietnam yang membakar dirinya sendiri hingga tewas di kota Saigon.Hal ini dilakukannya sebagai protes pada rezim politik yang melakukan ketidakadilan serta menghambat para rahib Buddha dalam menyebarkan agamanya.


8. Bliss [2000]

Photographer: Charles O’Rear
Bliss adalah foto pemandangan yang ada di Napa County, California, sebelah timur lembah Sonoma.Gambar ini adalah gambar tema default wallpaper Windows XP yang diambil oleh seorang fotografer profesional,Charles ORear yang juga penduduk daerah itu.


9. The Triangle Shirtwaist Fire [1911]

Photographer: International Ladies Garmet workers Union
Gambar mayat di Perusahaan Triangle Shirtwaist. Peraturan perusahaan itu adalah menutup pintu pabrik sehingga para pekerja(kebanyakan pekerja imigran wanita) tidak bisa keluar atau mencuri. Pada saat kebakaran pernah terjadi, 146 orang meninggal saat itu.


10. Dan akhirnya.. Siapakah orang ini?

Sabtu, 15 Februari 2014

08 April 2013


Yang Gondrong dan Rambutnya Aneh-aneh Jangan Lewat Jalur Ini
SERAMBI/BUDI FATRIA/BUDI FATRIA
ilustrasi 

 Gaza City - Polis  di Jalur Gaza melancarkan operasi rambut panjang. Mereka merazia anak muda berambut gondrong atau dengan model rambut aneh. Jika menemukan pemuda berambut panjang, maka polis  akan menyeret lalu mencukurnya  .

Pusat Hak Asasi Manusia Palestin  mengatakan sejumlah orang ditahan dan tak sedikit yang dipukul  hanya kerana memiliki rambut yang dinilai tidak sepatutnya.

Seorang tukang cat, Ayman al-Sayed memiliki rambut terjurai hingga bahu. Namun, kini rambutnya habis setelah dicukur polis  minggu lalu.

Ayman mengatakan dia baru saja selesai bekerja di Gaza City dan menunggu teksi untuk pulang ke rumah ketika sebuah kereta polis  mendekatinya.
Pemuda berusia 19 tahun itu kemudian diangkut ke dalam kereta polis  bersama sekitar 10 orang lainnya. Mereka kemudian digiring ke tukang cukur setempat. Beberapa orang yang menolak langsung dipukul . 

"Satu-satunya hal yang ingin saya lakukan adalah meninggalkan negeri ini," kata Ayman al Sayed.
"Saya ketakutan. Mereka menangkap orang begitu saja tanpa alasan. Saya tak tahu apa yang akan mereka lakukan selanjutnya," tambah Sayed.

Orang yang bernasib sama dengan Sayed adalah Tareq Naqib, seorang pelajar SMA yang ditangkap polis  di luar kediamannya.
"Polis  berkata mereka ingin saya menghormati tradisi. Mereka asal-asalan mencukur rambut saya lalu menyuruh saya pergi dan merapikan rambut di tukang cukur," kata Naqib yang baru berusia 17 tahun itu.

Seorang remaja Gaza lain, yang tak ingin disebut namanya, mengatakan dia melihat tiga kawannya dipukul  polis kerana mengenakan seluar panjang ketat dan seluar hipster.
Aktivis HAM menyebut "serangan, penahanan, serta pelanggaran hak warga awam" ini harus ditangani Pemerintah Palestin . Namun, seorang pejabat Hamas, kelompok berkuasa di Jalur Gaza, menepis adanya pelanggaran HAM di wilayahnya.

"Operasi rambut panjang itu sangat terbatas dan perilaku polis  itu tidak akan berlanjut," janji Deputi Perdana Menteri Gaza, Ziad al Zaza.

Hamas yang menguasai Jalur Gaza sejak enam tahun lalu dalam beberapa waktu belakangan menerapkan sejumlah aturan yang sangat ketat, termasuk pemisahan murid laki-laki dan perempuan di sekolah-sekolah.Tribunnews.com

Jumat, 14 Februari 2014

Sebuah karya yang pernah mencetuskan fenomena...
KARTUNNYA bersahaja, namun mesej di sebaliknya pernah menginsafkan peminat lelaki ini mengenai hakikat hubungan manusia di dunia ini.
Malah, karyanya pada lewat 1990-an seperti Bersama Selamanya dalam majalah Ujang menjadi satu fenomena bagi golongan remaja.
Inilah wajah keunggulan ROCK - Kartunis Gayour.
Menongkah arus dengan menggunakan karakter-karakter yang menggemari irama rock, berambut panjang serta elemen motosikal dan gitar elektrik, namanya kini sebaris pelukis-pelukis komik ternama di Malaysia.
Bagi peminat Mazli Ibrahim, 43, atau lebih dikenali sebagai Gayour, karyanya sepanjang 25 tahun lalu pasti melekap kuat di hati mereka.
Koleksi Paling Best buah tangan Gayour!
“Saya cuba ketengahkan karakter tersebut kerana mahu masyarakat tahu bahawa golongan rocker juga mampu bercakap tentang apa saja. Muzik, politik, kasih sayang, persahabatan malah tentang dunia,” katanya.
Masih tegar mengekalkan imej berjaket kulit dan berambut panjang, Gayour menjelaskan bukan mudah untuknya bertapak dalam bidang pengkaryaan kartun sementelah dirinya tiada asas melukis.
Antara karya Gayour yang popular "SLASH".
“Cuma minat melukis kartun saya sangat ketara. Daripada langsung tidak mengenali jenis pen dan kertas yang betul untuk melukis, saya merangkak mencari ilmu hinggalah sekarang,” jelas anak kelahiran Bahau, Negeri Sembilan ini.
Memulakan perjalanan sebagai pelukis kartun pada tahun 1998, tinjauan tangan Gayour tidak pernah mengecewakan peminatnya.
Slash yang Rock!

Karikatur kegemaran Gayour

KARAKTER lelaki rock berambut panjang dan bermain gitar sudah sinonim dengan Gayour.
Bukan tidak mahu menggunakan teknologi komputer bagi mengtinjauankan kartun namun ia tidak menjelmakan kepuasan hakiki.
“Ia memang remeh dan memenatkan kerana menggunakan kekuatan tangan. Tapi bagi saya, itu saja caranya untuk kita dekat dengan karya kita,” kata beliau.
MENURUT Gayour, banyak aspek perlu diambil kira sebelum sesuatu karakter kartun diwujudkan.
Belek saja karyanya seperti kartun satu muka surat berwarna, Slash dan Love Story serta pelbagai lagi kartun satu muka surat hitam putih sama ada yang berdialog atau tidak, semuanya mempunyai impak tersendiri.
“Ia tidak semudah yang dilihat dan dibaca peminat. Banyak kajian perlu dilakukan sebelum sesuatu karakter itu diwujudkan.
Kartunis Gayour di studio.
“Malah, untuk melukis aksi bermain gitar, drum serta alat muzik lain pun perlu ada rujukan agar gambar yang dilukis tepat,” ujarnya.
Peminat rock metal
Sebenarnya, kejayaan yang dikecapi Gayour sekarang ada kaitan dengan era kebangkitan lagu rock metal pada lewat 1970-an.
Mengambil peluang sementelah dirinya juga peminat tegar genre rock metal, Gayour memberitahu cara tersebut memudahkannya ‘membeli’ jiwa penggemar kartun.
Cover kaset BS yang Rakus!
Album "Bersama Selamanya",Jom kita layan sebuah lagu yang syahdu dan cool...


“Saya bermula tanpa identiti yang khusus. Apabila berada di zaman ramai orang menggemari seluar ketat, jaket kulit serta kegilaan terhadap kumpulan Deep Purple, Metalica serta Scorpion, apa salahnya saya ambil kesempatan itu.

“Dan tinjauannya sudah terbukti. Saya berjaya mempotretkan kehidupan penggemar rock metal dengan mesej persahabatan,” katanya sambil membetulkan rambut kerintingnya.
Rambut kerinting yang melepasi bahu itu disimpannya sejak tamat persekolahan menengah. Kali terakhir beliau menggunting rambut ialah pada tahun 1998.
Tambah Gayour, siapa tidak suka kartun yang selamba, menyeronokkan serta kena dengan kehidupan mereka setiap hari. Justeru, resipi ‘ini adalah karakter kita’ menjadikan kartunnya digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Menyentuh mengenai keakraban dirinya dengan dunia kartun rock metal, Gayour tergelak panjang.
“Dari dulu hinggalah kini, inilah imej saya. Alasannya cukup mudah. Kalau dulu orang mengenali saya sebegini, dengan rambut panjang, jaket serta keselambaan saya, sekarang pun, inilah saya,” ujarnya tenang.

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!