Tampilkan postingan dengan label jika. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label jika. Tampilkan semua postingan

Jumat, 07 Maret 2014

PANAS: Jika Ditakdir Saya Kembali Bersama Abby, Ia Perlu Keizinan Memey...

KUALA LUMPUR –  Meskipun belum pernah terfikir untuk menjalinkan ikatan yang sah bersama bekas isterinya, aktor berbadan sasa, Norman Hakim berkata dia tidak menolak kuasa Tuhan jika ditakdirkan dia dan Abby Abadi kembali bersatu.
“Memang hubungan saya dan Memey Suhaiza (isteri) dengan Abby Abadi mesra.
“Kerana kami menjalinkan hubungan yang baik demi kebahagiaan anak-anak.
“Malah saya bersyukur kerana dapat bersama dan berkumpul tanpa memikirkan persengkataan yang lalu.
“Namun untuk berkahwin semula dengan Abby Abadi, itu terus-terang saya belum terfikir dan ianya di luar daripada kuasa saya.
“Kami juga tidak tahu perancangan Allah untuk kami.
“Jadi mungkin ya dan mungkin juga tidak kami akan kembali bersama,” katanya yang dihubungi murai.com.my.
Norman Hakim diminta mengulas mengenai komen peminat di murai.com.my yang melihat kemesraan mereka itu sebagai tanda Norman dan Abby akan berkahwin semula.
Namun jika benar Norman Hakim ditakdirkan akan berkahwin semula dengan Abby, dia memberitahu semuanya itu akan berlaku dengan keizinan isterinya, Memey Suhaiza.
“Saya sudah cukup gembira dan bersyukur dengan apa yang saya perolehi sekarang.
“Saya dan Abby memang menjalinkan hubungan yang baik kerana dia ibu kepada anak-anak saya.
“Namun jika ditakdirkan saya akan berkahwin dengan Abby, ianya berlaku dengan keizinan isteri saya terlebih dahulu,” jelasnya lagi.
Mengulas lanjut mengenai hubungan baik yang terjalin, Norman memberitahu dia, isteri dan Abby sejak akhir ini sering keluar bersama dalam membantu bekas isterinya itu untuk membuka sebuah butik pakaian.
“Akhir-akhir ini kami memang kerap keluar bersama untuk membantu dan memberi sokongan dan sedikit idea kepada Abby yang mahu memulakan perniagaan.
“Setakat ini kami berkawan secara profesional dan baik ,” luahnya lagi.
Baru-baru ini mereka bertiga dan sekeluarga hadir ke hari sukan anak mereka dan Memey pertama kali telah dilihat muncul dengan imej bertudung. – Murai.com.my

Selasa, 17 Desember 2013


Malaysiakini Ogos 1 2013
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoothy berkata beliau sedia meletakkan jawatan jika tidak dapat menjalankan tugasnya seperti yang digariskan dalam Memorandum Persefahaman Persatuan Hindraf Malaysia Persefahaman (MoU) dengan BN.

NONEDalam satu kenyataan hari ini, Waythamoorthy, yang juga seorang
senator, berkata beliau tidak akan kekal "satu minit pun" dalam jawatan sekarang jika beliau merasakan Persatuan Hindraf Malaysia "tidak dapat menyumbang" bagi menyelesaikan masalah masyarakat India di Malaysia.

Katanya, perdana menteri melantiknya, terutamanya untuk menyelesaikan secara kekal isu-isu yang sudah begitu melanda masyarakat India Malaysia, sejajar dengan Program Transformasi Ekonomi.

"Begitu juga tanpa rasa takut dan memihak, kita melangkah ke Putrajaya dengan niat yang tulen dan ikhlas untuk melaksanakan tindakan pembetulan yang konkrit.

"Jika usaha tindakan kami itu kekal sia-sia tanpa apa-apa faedah kepada masyarakat disebabkan oleh halangan secara langsung dan tidak langsung menyekat jalan kita, maka saya bersedia untuk meletak jawatan," katanya.

"Satu-satunya tujuan dan objektif saya adalah untuk melaksanakan tindakan dalam pelan tindakan Hindraf-BN," katanya.

Rangka tindakan antara Hindraf dan BN ditandatangani pada lewat bulan April, yang menggariskan empat bidang utama yang BN, yang diketuai oleh Najib, berjanji untuk memperbaikinya dengan bekerjasama Hindraf.

Senin, 09 Desember 2013

http://blogspot.com

http://blogspot.com

http://blogspot.com

http://blogspot.com

http://blogspot.com

http://blogspot.com

http://blogspot.com

http://blogspot.com

http://blogspot.com
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!