Tampilkan postingan dengan label tanda. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tanda. Tampilkan semua postingan

Jumat, 28 Februari 2014



Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.


Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 Hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 Hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Saling berpesan2lah sesama kita .

Senin, 16 Desember 2013


Hari Kiamat adalah hari kehancuran alam semesta ini di mana semua manusia dan makhluk lainnya akan mati. Hari Kiamat adalah awal di mana manusia yang jahat, menipu, suka membunuh akan mendapat balasan berupa siksa neraka dan orang-orang yang baik akan mendapat ganjaran syurga.


“Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu; sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat).” [Al Hajj 1]

Tidak ada manusia yang mengetahui bila terjadinya hari Kiamat. Tidak juga Nabi. Hanya Allah yang mengetahuinya

ظهور علامات الساعة بالصور
Perlumbaan membina bangunan pancakar langit
http://windyrybts.files.wordpress.com/2010/03/dsci0890.jpg?w=346&h=260
Nenek dipaksa mengasuh cucu
ظهور علامات الساعة بالصور
Pembunuhan dimana-mana.
Anak zina dimerata tempat
“perangkaan dari 1999 hingga 2003 mencatatkan 70,430 anak luar nikah didaftarkan iaitu 30,978 beragama Islam, Hindu (18,085), Buddha (17,236) dan Kristian (3,395).
Anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada tahun 2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008 dan 17,303 pada 2009.”
Berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu, ini bermakna 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari. “
ظهور علامات الساعة بالصور
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiTlGEGZf6a5V4N2xSh031aaibfsMDLt_SdGyVxgA3Cl0h1WB1tN_EvHbYykvHLBGW42n5FGJm3HzkxIJMbELVdeAB5pcpU4BI1l8uP7IC9-96J2O0q7VsUa16Vm7uuSSrHWY57jjWFEKob/s1600/mbsb_overlap.jpg
Pinjaman berteraskan riba berleluasa terutama dalam negara Islam
http://www.souqaldoha.com/vb/uploaded/26_01206255204.jpg
Api keluar di Hijaz telah berlaku pada tahun 654 Hijrah.
ظهور علامات الساعة بالصور
http://www.darul-ishaat.co.uk/images/expansion/makkah-expan.jpg
Pembinaan terowong dan bangunan tinggi di Mekah.
ظهور علامات الساعة بالصور
http://baitulmuslim.com/sites/default/files/kitaran%20maksiat.jpg
Masa terlalu cepat dan tidak memberi berkat.
ظهور علامات الساعة بالصور
Kematian secara mengejut.
ظهور علامات الساعة بالصور
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjrj6vGPKC5jbp87UrmUW4qG-0yvrje12vowqJ7LC3Ve0pnxTZ2Cz78zcTzj7udHqmI3E6ON3NpNaVQXR-zi2qJjS6dQuyc7KvLz4KcPwJP2uTwsuX0XjY-97nYzyWYSOgWzROH5IZY26iP/s1600/IMG-1.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBNfF45g0PUdq_nh7OiqjL4rHTyjbWRTCCBG5AYyD6hvPwKqGSaqGd9s0I7ssARtT6NyjsB7QV34-B6L1fTeeUBR9TlVdMpCAEdgcvc4nB5WWfVFiVRx-gBpOS4YaGFie8DCJx_Rl3ZlI/s1600/Ibu+dipukul.jpg
Anak menderhaki ibu bapa.
ظهور علامات الساعة بالصور
Asap memenuhi ruang.
ظهور علامات الساعة بالصور
Gerhana sering berlaku.
sumber

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!