Tampilkan postingan dengan label usul. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label usul. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 22 Februari 2014




Diriwayatkan bahawa Rasululallah SAW pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi Adam a.s dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah SWT telah memerintahkan malaikat Jibril a.s supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam a.s. Maka Jibril  pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.


Jibril : Wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam a.s.


Zabaniah : Sebanyak mana sedikit itu ?


Jibril : Sebesar kurma. .


Zabaniah : Kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya.


Jibril : Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…


Zabaniah : Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti…


Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu di hantar ke dunia.


Allah SWT pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk di bawa ke dunia. Maka Jibril pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai.





Selepas itu Jibril AS pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yang tinggi.Sejurus setelah diletakkan api tersebut,tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair.Maka cepat-cepat malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.


PENGAJARAN


Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri?. SEBESAR ZARAH SAHAJA.

Senin, 03 Februari 2014

Harakahdaily

, 12 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Majlis Peguam semalam membuat usul tergempar mengutuk kekerasan melampau polis ketika menyuraikan perhimpunan Bersih 3.0 April 28 yang lalu di dalam satu mesyuarat agung luar biasa (EGM).

Hanya 16 peguam daripada 1,270 ahli majlis peguam yang membantah resolusi tersebut.

Dalam resolusi yang diluluskan dengan cara undian itu, Majlis Peguam turut menuntut permohonan maaf daripada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara kepada orang awam dan ahli media atas tindakan polis ketika perhimpunan tersebut.

Pengerusinya Lim Chee Wee berkata kehadiran EGM kali amat memberangsangkan – melebihi mesyuarat agung tahunan (AGM)nya.

“Ini menandakan bahawa ahli majlis melihat insiden Bersih 3.0 dengan serius,” kata beliau.

Aman sehingga diganggu



Faktanya, kata Lim ialah laporan terhadap kekejaman polis, dan penggunaan gas pemedih mata dan meriam air yang berlebihan hanya selepas penghadang Dataran Merdeka diceroboh pada pukul 3 petang.

“Sebelum itu, situasi (perhimpunan) adalah seperti karnival,” kata beliau.

Lim berkata Majlis Peguam telah mengerahkan sebanyak 78 ahli untuk memerhati perhimpunan Bersih, dan hanya keadaan di Kuala Lumpur menjadi kelam-kabut manakala situasi di Kuantan, Johor Bharu, Melaka dan Ipoh aman kerana polis telah bertindak secara terkawal.

Beliau turut menambah bahawa 100,000 hadirin yang membanjiri Kuala Lumpur pada April 28 yang lalu tidak diberikan ruang dan masa secukupnya untuk bersurai di mana gas pemedih mata dan air berasid terus dihalakan pada mereka walaupun mereka dalam keadaan hendak melarikan diri.

“Ini membawa kepada satu soalan mudah. Mengapa polis masih tidak membaca dan melaksanakan apa yang dicadangkan Suhakam?” kata Lim, merujuk kepada laporan siasatan terhadap perhimpunan aman yang lepas.

Lim turut menegaskan bahawa kekerasan yang ditunjukkan polis adalah tidak memadai dengan tindakan penyokong yang mengejek mereka kerana semua peserta adalah tidak bersenjata, dan tanggungjawab menjaga keamanan adalah jatuh di bahu pihak berkuasa yang bersenjata.

Majlis Peguam Malaysia turut menuntut agar anggota polis yang melakukan keganasan dikenalpasti dan didakwa.


Pulau penal bebas kerajaan
Selain itu, Lim berkata Majlis Peguam turut memulau panel bebas yang ditubuhkan kerajaan untuk menyiasat dakwaan keganasan polis dalam perhimpunan BERSIH 28 April lalu.

Majlis Peguam mencadangkan agar wakil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat insiden Bersih 3.0 dan bukannya bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar.
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!