Senin, 11 Agustus 2014

KUALA LUMPUR 2 MAC: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mempersoal bagaimana kumpulan penceroboh bersenjata mendarat di Pantai Tanjung Labian dan menyusup berjalan kaki dengan skala ratusan askar, jauh ke Kampung Tanduo.

“Di manakah kelengkapan negara dengan perbelanjaan duit rakyat yang berbilion itu? Kehilangan nyawa tetap berlaku walaupun ratusan bilion dihabiskan Kementerian Pertahanan.
“Sudah lengkap bersenjata tetapi gagal menafsir keputusan tepat ketika genting – satu kesalahan yang tidak boleh dimaaf,” kata Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard pada kenyatan media, hari ini.
sulu lahad datu 
Memetik Philippine Daily Inquirer yang melapor kenyataan Danny Virtudazo, pimpinan kanan negeri Palawan bahawa kira-kira 1,500 lelaki dengan beberapa bot mendarat di Sabah.
Justeru, kata Badrul Hisham yang juga Ketua Cabang KEADILAN Rembau, kelewatan kerajaan Malaysia bertindak antara punca kematian dua anggota keselamatan dalam insiden di Lahad Datu.

“Akibat tiada ketegasan, negara berdepan dengan kes kematian. Tidak mustahil orang awam bakal jadi mangsa. Apakah setelah berlaku dua kematian, maka baru kerajaan mahu bertindak?” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!