Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan

Senin, 03 Februari 2014

Harakahdaily

, 12 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Majlis Peguam semalam membuat usul tergempar mengutuk kekerasan melampau polis ketika menyuraikan perhimpunan Bersih 3.0 April 28 yang lalu di dalam satu mesyuarat agung luar biasa (EGM).

Hanya 16 peguam daripada 1,270 ahli majlis peguam yang membantah resolusi tersebut.

Dalam resolusi yang diluluskan dengan cara undian itu, Majlis Peguam turut menuntut permohonan maaf daripada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara kepada orang awam dan ahli media atas tindakan polis ketika perhimpunan tersebut.

Pengerusinya Lim Chee Wee berkata kehadiran EGM kali amat memberangsangkan – melebihi mesyuarat agung tahunan (AGM)nya.

“Ini menandakan bahawa ahli majlis melihat insiden Bersih 3.0 dengan serius,” kata beliau.

Aman sehingga diganggu



Faktanya, kata Lim ialah laporan terhadap kekejaman polis, dan penggunaan gas pemedih mata dan meriam air yang berlebihan hanya selepas penghadang Dataran Merdeka diceroboh pada pukul 3 petang.

“Sebelum itu, situasi (perhimpunan) adalah seperti karnival,” kata beliau.

Lim berkata Majlis Peguam telah mengerahkan sebanyak 78 ahli untuk memerhati perhimpunan Bersih, dan hanya keadaan di Kuala Lumpur menjadi kelam-kabut manakala situasi di Kuantan, Johor Bharu, Melaka dan Ipoh aman kerana polis telah bertindak secara terkawal.

Beliau turut menambah bahawa 100,000 hadirin yang membanjiri Kuala Lumpur pada April 28 yang lalu tidak diberikan ruang dan masa secukupnya untuk bersurai di mana gas pemedih mata dan air berasid terus dihalakan pada mereka walaupun mereka dalam keadaan hendak melarikan diri.

“Ini membawa kepada satu soalan mudah. Mengapa polis masih tidak membaca dan melaksanakan apa yang dicadangkan Suhakam?” kata Lim, merujuk kepada laporan siasatan terhadap perhimpunan aman yang lepas.

Lim turut menegaskan bahawa kekerasan yang ditunjukkan polis adalah tidak memadai dengan tindakan penyokong yang mengejek mereka kerana semua peserta adalah tidak bersenjata, dan tanggungjawab menjaga keamanan adalah jatuh di bahu pihak berkuasa yang bersenjata.

Majlis Peguam Malaysia turut menuntut agar anggota polis yang melakukan keganasan dikenalpasti dan didakwa.


Pulau penal bebas kerajaan
Selain itu, Lim berkata Majlis Peguam turut memulau panel bebas yang ditubuhkan kerajaan untuk menyiasat dakwaan keganasan polis dalam perhimpunan BERSIH 28 April lalu.

Majlis Peguam mencadangkan agar wakil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat insiden Bersih 3.0 dan bukannya bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar.

Selasa, 31 Desember 2013


Polisi Buru Pasangan Berciuman di Atas Motor
gambar hiasan
net
Maaf ya. Cerita ini bukan di Malaysia.
Sepasang kekasih terakam video sedang berciuman di atas motorsikal yang sedang bergerak di jalanan kota Foz de Iguacu,   Parana , Brazil.

Seperti dilapor Daily Mail, Khamis  22/11/2012 , pengguna jalan lain terkejut melihat perbuatan sumbang  pasangan pasangan ini.

Mereka terkejut melihat si perempuan duduk di pangkuan si lelaki, agar boleh berciuman. Pasangan itu berciuman lebih dari satu minit ketika bergerak dengan kecepatan 80 km/jam, tanpa mengenakan helmet  .

Fernando Nascimento, yang merakam kejadian ini kemudian menunjukkannya ke stesyen  televisyen Brazil, RPC. “Saya tidak pernah melihat seperti ini. Saya terkejut, pertama kerana hal ini tidak biasa dan kedua, kerana ini sangat berbahaya,” ujar Nascimento.

Menurut Nascimento, dia merakam kejadian itu sekitar satu minit. Ia pun memperkirakan keduanya berciuman lebih lama dari itu. “Mereka tetap berciuman ketika saya selesai merakamnya,” lanjutnya.
Pasangan ini berpindah lajur dari jalan bebas hambatan, namun tetap berciuman. Ketua Polis  Negara  Parana, Sheldon Vortilon mengatakan, jika si penunggang motosikal tertangkap, SIM-nya akan ditahan dan didenda  
edit dari TRIBUNNEWS.COM

Senin, 23 Desember 2013


SHAH ALAM – Seorang anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Selangor kehilangan sepucuk pistol selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Seksyen 20 di sini, awal pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata, kemalangan pada pukul 5.45 pagi itu menyebabkan anggota polis berkenaan cedera di kepala dan lutut manakala motosikal yang ditunggangnya remuk.

“Kami sedang menyiasat kemungkinan ada orang lain mengambil pistol itu sejurus mangsa terjatuh ekoran kemalangan itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan amanat kepada pegawai polis pada perhimpunan khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Thaiveegan berkata, anggota polis itu yang tidak memakai uniform sewaktu kemalangan, kini dirawat di hospital dan tidak berupaya untuk bercakap buat masa ini. – Bernama
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!