Tampilkan postingan dengan label suami. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label suami. Tampilkan semua postingan

Selasa, 04 Maret 2014

 detikNews
 
 Ilustrasi
Pennsylvania - Seorang calon mempelai wanita di Amerika Syarikat membunuh calon suaminya tepat di hari pernikahan mereka. Wanita ini menusuk lelaki itu ketika keduanya terlibat pertengkaran.

Wanita bernama Na Cola Franklin (32) ini pun dibicarakan di Mahkamah    Allentown, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Dalam perbicaraan terbaru yang diadakan pada Selasa (28/5) kemarin, Franklin dinyatakan bersalah oleh mahkamah. Demikian seperti dilansir Asia One, Jumaat (31/5/2013).

Terungkap bahawa Fanklin dan calon suaminya, Billy Brewster (36)   terlibat dalam pertengkaran sebelum insiden terjadi pada Ogos 2012 lalu. Pasangan ini sudah tinggal serumah dan memiliki seorang bayi laki-laki yang berusia 9 bulan.

Ketika kejadian, polis  tiba di kediaman pasangan ini dan menemukan Brewster sedang merangkak di pintu keluar apartemen, dengan kondisi berlumuran darah di bahagian dada.

Polis kemudian melarikan Brewster ke rumah sakit terdekat. Namun sayang, Brewster dinyatakan meninggal dunia beberapa saat kemudian.

Pada hari kejadian yang seharusnya pasangan ini menikah, tetangga mereka Steve Engel menuturkan, seorang pastur tampak kebingunan mencari-cari pasangan ini apartemennya. Sejumlah tamu undangan yang mulai hadir ke apartemen tersebut juga tampak kebingungan.

Dalam perbicaraan, peguam Franklin, John Waldron menyampaikan pembelaannya. Menurut Waldron, Brewster-lah yang menyerang Franklin terlebih dahulu dan berusaha untuk meninggalkan rumah dengan membawa bayi mereka.

Demi melindungi bayinya, lanjut Waldron, kliennya pun mengambil pisau dan terjadilah penusukan tersebut.

Waldron berusaha menekankan bahawa tindakan kliennya tidak disengaja dan untuk membela diri. Namun pendakwa   tetap menjeratkan dakwaan pembunuhan dan berkeras bahawa buah hati terdakwa tidak dalam bahaya.

Minggu, 23 Februari 2014

  03 Ogos 2013 
 Daniel Pelka (Foto: PA)  
Daniel Pelka (Foto: PA)
LONDON – Pasangan suami-isteri dari England, Marius Krezolek dan Magdalena Luczak, diganjar hukuman penjara seumur hidup. Keduanya terbukti bersalah menyiksa anak laki-lakinya sendiri hingga meninggal.
 
Daniel Pelka baru berumur empat tahun ketika terbunuh secara menyedihkan pada Mac. Luczak merupakan ibu kandung Pelka, sedangkan Krezolek berstatus sebagai ayah tirinya.
 
“Kalian melakukan aksi yang sangat brutal dan sadis,” ujar hakim dalam keputusannya, seperti dikutip Independent, Sabtu (3/8/2013).
 
“Kalian gagal menjalankan tugas utama sebagai orangtua untuk anak yang memerlukan kasih sayang anda,” lanjutnya.
 
Kisah tragis Pelka mengejutkan warga Inggeris. Mereka bertanya-tanya kenapa tidak ada pihak yang menyelamatkan kanak-kanak tersebut.
 
Pihak sekolah sebenarnya   curiga ketika melihat Pelka menjadi semakin kurus. Kanak-kanak itu juga kedapatan mengais makanan dari tong sampah. Namun, Luczak berdalih puteranya mengidap kelainan untuk menutupi perbuatannya.
 
Hasil bedahsiasat  menunjukkan, Pelka meninggal setelah menerima pukulan keras di bahagian kepala. Petugas juga menemukan kanak-kanak itu mengalami cedera di beberapa tulangnya.
 

Jumat, 07 Februari 2014

3 ogos 2013

Changchun (China): Cubaan seorang lelaki membunuh diri digagalkan isterinya sendiri apabila wanita terbabit sempat menyambar seluar dalamnya sebelum terlewat.
Menurut saksi Wang Li terkapai-kapai tergantung selama 20 minit sebelum polis dan anggota bomba tiba untuk menyelamatkannya. Ling cuba membunuh diri dengan melompat dari tingkap bilik tidurnya di tingkap atas bangunan enam tingkat di Changchun ibu negeri wilayah Jilin, utara China.
Keadaan menjadi sukar kerana pintu bilik tidur pasangan terbabit berkunci dari dalam dan menghalang anggota penyelamat bertindak lebih pantas.
Seorang saksi berkata mereka terdengar jeritan seorang lelaki dan terkejut apabila mendongak dan mendapati seorang lelaki tergantung dengan seluar dalamnya dipegang seorang wanita.
“Wanita terbabit kemudian merangkul kaki suaminya untuk mendapatkan cengkaman lebih kuat,” katanya. Beberapa orang cuba membantu dengan pergi ke rumah pasangan terbabit tetapi terhalang kerana pintunya berkunci.
Mereka juga gagal memecahkan pintu rumah itu. Detik dramatik itu berakhir selepas Wang, 45, ditarik ke dalam bangunan oleh pasukan penyelamat.
Foto
WANG dapat diselamatkan apabila isterinya sempat memaut seluar dalam lelaki terbabit.Suicidal Wang Li was saved by his wife, Ling Su, who grabbed him by the ankle as he tried to jump from their sixth-floor apartment’s window.

Suicidal Wang Li was saved by his wife, Ling Su, who grabbed him by the ankle as he tried to jump fro

 dailynews.com

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!