Rabu, 25 Desember 2013

Harakahdaily  

Salmiyah Harun, 19 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim enggan menjawab persoalan berhubung penamatan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Abu Bakar Abdullah yang dibangkitkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz di dalam sidang medianya hari ini tidak berpuas hati dengan jawapan daripada Shahidan yang hanya memaklumkan penamatan Abu Bakar kerana kesalahan di bawah peraturan 49.

Peraturan 49 menyebut seorang pegawai JPA boleh ditamatkan atas kepentingan awam.

Jelas Mahfuz, Abu Bakar berada pada jurus dua iaitu kedudukan paling tinggi dan bakal dilantik menjadi Ketua Setiausaha Negara.

"Bila dicaj bawah peraturan 49 ianya adalah satu kesalahan yang sangat besar," kata Mahfuz.

Atas sebab itulah, Mahfuz mempersoalkan atas alasan apa kerajaan pula melantik Abu Bakar sebagai Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN).

"Bagaimana kita bagi tanggungjawab kepada beliau untuk menjadi Pengerusi BSN yang juga milik awam. Yang ini Shahidan tidak jawab.

"Kalau beliau dikenakan tindakan atas kepentingan awam, dia tidak layak jadi pengerusi BSN. Atas perkiraan apa Abu Bakar jadi Pengerusi BSN?" bidas Mahfuz.

Abu Bakar yang berkhidmat selama 35 tahun  menerima surat penamatan khidmatnya daripada JPA yang menyatakan bahawa khidmatnya berakhir pada 1 Julai 2012.

Beliau dikatakan dilantik sebagai Pengerusi BSN pada awal tahun ini.

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!