Senin, 16 Desember 2013

Wartawan Sinar Harian
23 Oktober 2012
Harimau Muda
Harimau Muda
KEJAYAAN skuad bimbingan Ong Kim Swee dalam Kejohanan Bola Sepak Jemputan VFF Newspaper Cup kelmarin merupakan satu petanda baik dan harus dipuji.

Jaringan tunggal Hazwan Bakri memberi kejayaan kepada skuad Harimau Muda (bawah 21 tahun) telah menewaskan Vietnam 1-0 di Pleiku City, Vietnam.

Menurut pandangan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, kejayaan skuad Harimau Muda itu merupakan satu perkembangan yang baik untuk skuad Harimau Muda (bawah 21 tahun) sebagai pembakar semangat sebelum ke perlawanan Sea Games 2013.

Beliau juga memuji kewibawaan Kim Swee kerana melatih pemain sehingga mencapai kejuaraan.

"Jurulatih Ong Kim Swee berjaya melatih satu pasukan yang baik sehingga meraih kejayaan walaupun usia pemain masih muda," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Kejayaan itu menjadi salah satu persediaan Harimau Muda menjelang Sukan Sea 2013, yang akan berlangsung di Nay Pyi Taw, Myanmar.

"Ini satu persiapan yang baik untuk Sea Games nanti, mungkin kita akan bertemu pasukan Thailand, Vietnam nanti," tambah beliau.

Harimau Muda menang bergaya setelah menewaskan Thailand 1-0 di pusingan separuh akhir sebelum melayakkan diri ke final untuk bertemu Vietnam, Jumaat lepas.

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!