Senin, 23 Desember 2013

Datuk Mukhriz Mahathir semasa menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika melancarkan Jazz Hybrid, tahun lalu.

KENAIKAN harga minyak yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini pastinya dianggap membebankan rakyat.

Paling terasa dan tertekan dengan kenaikan harga petrol adalah pengguna kenderaan bermotor kerana perlu membayar harga minyak yang lebih tinggi, bermakna kos setiap kilometer perjalanan akan meningkat.

Tetapi itu dari sudut pengguna. Apa pula kesan kenaikan harga petrol dan diesel dari sudut pengeluar kenderaan?

Bagi jenama popular Toyota, kenaikan harga petrol sebanyak 20 sen itu diharap tidak akan menjejaskan permintaan pelbagai jenis kereta keluarannya.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki berkata, masih awal untuk melihat kesan ke atas jualan kereta Toyota selepas kenaikan harga petrol pada 3 September lalu dan syarikat itu perlu mengkaji keadaan pasaran dalam tempoh terdekat.

Namun apa yang pasti, Ismet menjangka trend baru akan mula wujud, iaitu jualan kereta hibrid yang menggunakan gabungan petrol dan bateri akan meningkat.

"Kami harap penjualan kereta hibrid akan meningkat dan tidak terjejas kesan daripada kenaikan harga petrol," katanya.

Sementara itu, Honda Malaysia tidak menafikan kenaikan harga petrol akan memberi kesan terhadap penjualan kereta keluarannya.

"Kenaikan harga petrol akan menjejaskan sentimen pelanggan untuk membeli kereta terutamanya mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah yang rendah.

"Namun, kami masih perlu mengkaji keadaan pasaran dengan lebih lanjut dan teliti sebelum membuat sebarang jangkaan kerana terlalu awal untuk melihat kesan kenaikan ini," menurut Honda dalam jawapan kepada Sinar Harian.

Menurut Honda, jenama itu mempunyai barisan produk hibrid yang luas, termasuk Jazz Hybrid, Civic Hybrid, Ins

Categories: , , , ,

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!